tattoos

Monday, February 9, 2009

SAWI BUNGA, TAUHU DAN UDANG MASAK SOS TIRAM


Dah kering idea dah tak tau nak masak apa hujung minggu. Godek2 peti sejuk jumpalah sawi bunga. Eh, ada udang! Hmmm.. Tauhu pun ada tau... so apa lagi..... meh kita lihat apa masakan akak.

Bahan:

Sawi bunga dalam 2 ikat
Udang, semangkuk
Tauhu 2 keping
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 1 ulas
Sos tiram 2 sudu besar dicampur sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sikit jugak, kacau.

Cara:

Tumis semua bawang sampai wangi.

Bila dah wangi, masukkan udang dan goreng sampai udang jadi merah, masakla tu.

Lepas tu masukkan sawi bunga dan tauhu kacau lebih kurang.

Bila sayur dah layu masukkan sos tiram yang telah dicampurkan dengan tepung jagung dan air tadi.

Kacau sampai pekat, kalau kurang masin pandai2lah tambah garam 'adjust' rasa dia.

Dah pun siap!!


SELAMAT MEMBACA & SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger