tattoos

Monday, February 9, 2009

MAKAN DI MANA - MEE KOLOK SPECIAL, KY CAFE, JLN . SEKAMA


Jangan terkejut. Ini edisi tak halal. Ahakssss.. saja letak sini sebab rasanya ada pembaca blog ini yang bukan Islam. Oh ya, ramai tak tau yang akak ini sebenarnya berbangsa Iban. :D Steady aku wai! Hehehe...

Bercerita tentang cafe ini, sebenarnya dah lama dibuka. Bayangkanla dari laki akak kecik lagi sampai dah beranak sekarang ni masih lagi menikmati mee kolok yang rasanya agak 'tradisional' dari kedai lain. Dulu cafe ni asalnya kedai ubat, kedai singseh Cina orang kata.... tapi belah petang tuannya bukak stall menjual Kolok Mi ni. Lama-kelamaan, Kolok Mi dia lebih kencang dari ubat dia, jadi dia pun tutuplah kedai ubat tu dan ubahsuai kedai jadikla cafe sejak 30 tahun dulu!!

Nostalgia zaman kecik buat laki akak.... semangkuk mi tu ada seribu nilai sentimentalnya. Oh ya, kalau kat kedai Muslim biasa, Kolok Mi dia ehmmm boleh tahan enak, ada sos kicap pedas, daging sapi rebus, mi dia sedap gila tapi harganya agak mahal sedikitlah berbanding dengan mi kolok edisi tak halal ni. Semangkuk mi di atas kalau biasa RM2.80 dan special pulak RM3.50. Kalau yang halal tu, yang biasa aje dah mencecah RM4.00.

OK, kalau terbang ke Bumi Kenyalang... bolehla merasa Mi Kolok Sarawak yang ada pelbagai variasi. Sedap dik oiii!

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger