tattoos

Monday, July 13, 2009

SAYUR KACANG PANJANG


Hai semua!

Sayur kacang panjang ni merupakan sayur yang mesti ada dalam esbok kat rumah. Masak sayur ni senang aje, nak senang boleh nak susah pun boleh. Tapi favorit akak memang masak sempoi beginilah caranya!

Bahan-bahan:
Kacang panjang seikat, dipotong2 2 inci
Ikan bilis, bawang merah, bawang putih, ditumbuk
minyak bijan
minyak masak
sos tiram


Cara2nya:

Tumiskan suma bahan ditumbuk tadi

Masukkan kacang panjang dan gaul

Masukkan sos tiram dan sedikit air

Masukkan garam secukup rasa

Agak2 dah masak sayur kacang ni, korang percik2 kan minyak bijan untuk mewangikan masakan ini.

Haaa... dah siap pun. Hidangkan panas2 dengan nasik putih.



SELAMAT MEMBACA & SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger