tattoos

Friday, January 1, 2010

TIPS: SMOKEY EYESHADOW BROWN UNTUK MATA SEPET

Entri khas dalam Bahasa Melayu ini dibawakan khas untuk geng-geng macam si Gediks dan Cikgu Chris yang bubbly yang suka membebel tanya macam macam itu ini situ sini berkenaan dengan grooming dan yang sewaktu dengannya. Oh ya, mungkin pembaca semua masih ingat kan yang Miss Coki pernah mempunya blog for fashion whatsoeva it was called so guys, you still can read all of the entries by clicking: |HERE|

Kali ini Miss Coki akan membuat 101 tutorial macam mana hendak membuat mekap mata yang paling simple, ringkas dan cepat.

Bahan-bahan yang diperlukan, ceh dah jadi macam rancangan masak masak la pulak.

  • Eyeshadow yang ada warna hitam, cokelat tua, cokelat muda ataupun keemasan.
  • Berus untuk eyeshadow - untuk mencalit dan blending.

Oh, please mind my over dry hand. Kering siot tangan gua.
  • Mascara yang power. Ai gunakan Maybelline Unstoppable Curly Extension. Pergghh panjang nama.

Picture taken from Wan Yian's blog.

OK. Sila rujuk gambar.




1. Ambil eyeshadow yang hitam dan tepekkan di bahagian kelopak bawah (1). Pastikan jangan di blend terus, ambik banyak banyak tau. Jangan susah hati kalau comot.

2. Pada bahagian tengah kelopak mata (2) ambil warna cokelat muda atau tua, ikut suka koranglah. Gunakan teknik menepek (pat lightly) dan jangan sesekali blend.



Ha, nampak tak kat bawah hitam kat atas cokelat. Lepas ni baru kita blend.

3. So, sekarang u ambil blend brush dan blend kan bahagian (1) dan (2). Untuk mendapatkan rona atau bayangan kehitaman di tepi mata, tarik sedikit warna hitam dari (1) dan blend di hujung korner mata.




4. Sekarang dah nampak kan?? Kalau masih tak puas hati sebab nampak sangat ketara di antara hitam dan cokelat itu, sila blend lagi dan lagi.

5. Masih ingat tak berus yang digunakan untuk mencalit warna hitam? Gunakan berus itu untuk mewarna bahagian alis mata bahagian bawah. Apabila membuat mekap mata begini, sila jangan guna penggaris mata (eyeliner).



6. Tu dia. Nampakkan??? Akhir sekali gunakan mascara dan kasi mascara kaw-kaw tebalnya untuk mendapatkan efek bulu mata pelesu. Korang tentu tanak buang masa pasang bulu mata pelesu dalam mengejar masa nak turun ofis, nak buat susu anak lagi kan? Haha.

Mekap mata ini sesuai gila untuk awek yang mata sepet seperti Miss Coki dan juga untuk yang tidak mempunyai soket mata macam minah salleh.

OK, eyeshadow dan mascara semua adalah dari rangkaian Maybelline. Kerana diriku begitu berharga kaedahnya. Haha.


p/s: Untuk mengelakkan daripada mendapat serpihan hitam sememeh di bawah mata, sila sapukan bedak tabur terlebih dahulu. Selepas selesai semuanya barulah kesan tadi disapu dengan berus kipas.

With Love,

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Blogger