tattoos
Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Sunday, August 2, 2009

IKAN GORENG BALADO



Suka ikan goreng? Asyik² pekena ikan goreng muak jugak. Beberapa minggu lepas, akak nampak cili dan bawang kat dapur dan tetiba je dpt idea nak buat Ikan Goreng Balado. Nak tau resepi dia? Mudah aje!

ikan kembong goreng
cili kering
air asam jawa
bawang merah
bawang putih
bawang Bombay
sedikit belacan
garam
gula


Cara membuatnya:

1. Ikan digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.

2. Semua keluarga bawang dan cili kering serta belacan dikisar halus.

3. Tumiskan bahan yang dikisar halus tadi sampai wangi. Lepas tu adjust la serba sedikit dengan menambah air asam jawa dan masak sampai pekat. Masukkan gula, garam dan perasa dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan hirisan bawang bombay dan biar sampai pekat.

4. Susun ikan goreng tadi cantik2 dan curahkan sos balado. Siap!

Apa lagi, amikla nasik tu weiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Bawang Bombay, kalo korang keliru mende menatang benama bawang Bombay ni... hehehe..


SELAMAT MEMBACA & SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, May 6, 2009

UDANG MASAK MERAH


Hola! Como estas?

Ek eleh, ngengadanya cakap Spanish, kalo tau reti takpe jugak. Hahaha... OK. Lama tak makan udang. Nasib dalam peti ais ada sekilo udang, sedang-sedang gak besarnya. Moh ler kite sama2 masak.

Bahan-bahan:

Udang galah atau apa2 udang (dikopek habis kulitnya, tapi kalo korang suke biarkan mcm tu pun OK jugak)
cili kering -
bawang merah
bawang putih
serbuk kunyit
serai
halia
sos cili
gula
garam


Cara-caranya:

1. Tumbuk halus bawang merah, putih, halia, cili kering. Jangan lupa ketuk serai sedikit. Tumis semua bahan-bahan kisar tadi. Masukkan juga serbuk kunyit juga ya.

2. Agak-agak bila dah kering dan bau nya bangkit semerbak, masukkan udang tadi.

3. Udang ni memasaknya tak lama, bila agak2 nak masak tu, masukkan sos cili, gula dan garam.

4. Sesuaikan rasa dan bila dah kering bolehlah diangkat dan dihidangkan.



SELAMAT MEMBACA & SELAMAT MENCUBA!!
 

blogger templates | Blogger