Tekejut tak??
Taaakkkk??? *Alerrr.... Buat-buat ler tekezuttt!! :P
Hah, harini Cik Coki akan 'test power', test enjin, testis, uuupss! kilat-kilat sikit Bahasa Melayu yang lama dah berabuk. Lama dah tak menulis dalam Bahasa Melayu, kadang-kadang rindu sesangat tawww. Ada satu pengumuman khas buat semua, pembaca setia blog ini walau di ceruk mana anda berada, saksikanlah Cik Coki (Cik katanya..... muakakakka) beraksi julung-julung kalinya dalam pertandingan TOP SUPERB BLOGGER dan tugasan pertama akan diberikan esok pagi!! Yayyy!!!!
Jadi, dengan kesempatan ini Cik Coki memohon kepada pembaca-pembaca di luar sana yang cun, jelita, hensem, kekar, baik hati, macho, gorgeous dan sebagainya untuk mengundi Cik Coki OK? Tak payah SMS pun, cuma klik link di atas atau masuk je ke Blog FIQ ONLINE untuk mengikuti perkembangan terkini. Wish me luck yah?
OK, kita tinggalkan dulu cerita pertandingan yang sungguh mendebarkan hati dan jantung Cik Coki itu dulu dan jom ler kita melihat liputan kegiatan Cik Coki di hujung minggu. Tak ke mana pun hari Sabtu, cuma singgah sekejap kat rumah mak dan bermain dengan Cik Ashlyn yang montel dan gomok itu.
Montel kan?? Tau takpe. Pesen dagu, pipi dan idung dah mirip Cik Coki dah tu.. hahahaha..

OK, korang jangan lupe undi Cik Coki dan lawatilah laman blog Fiq Online dari masa ke semasa untuk mengikuti perkembangan pertandingan Top Superb Blogger.
Mesej komuniti ini dibawakan oleh;
...hehehe.. tengokla sendiri penaja di atas. Cik Coki nak mandi dulu, dah bau mashem dah ni.. :p
Bai bai!
.. Co k e l a t r a w k Z ..
No comments:
Post a Comment