tattoos
Showing posts with label pastries. Show all posts
Showing posts with label pastries. Show all posts

Monday, June 15, 2009

WANTON GORENG

Yeszaaaa!

Akak kembali lagi dengan snek kegemaran akak iaitu wanton goreng! Nak buat wanton ni sangat la senang dik oiiii... Kita memerlukan...

1. satu peket kulit wanton
2. daging cincang (ayam, udang, lembu- terpulang mengikut selera anda)
3. spring onion (daun bawang hijau tuuu...)
4. tauhu dicincang halus
5. sos tiram
6. minyak bijan
7. garam
8. perasa
9. lada sulah
10. bawang putih ditumbuk halus
11. halia ditumbuk halus (sikit je..)
12. sebijik telur
13. sedikit tepung jagung


Gaulkan semua bahan inti dan letakkan sesudu teh di tengah2 kulit wanton dan lipatkan. Nak gam? guna jari celup je dalam air dan gamkan kt tepi kulit wanton tu. bila dah habis lipat, barulah goreng, api jangan kuat sangat dik oiiii.... nanti inti mentah, kulit wanton pulak hangus. dah masak cicahla dengan sos kesukaan adik OK?

Cara-cara melipat kulit wanton, senang aje!

Wanton mentah. Lepas dilipat beramai-ramai.



Ini wanton yang telah digoreng rangup!



SELAMAT MEMBACA & SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, August 10, 2008

PRATHA PUFF AYAM


(foto dicilok dari My Kitchen Snippets Food Gallery.)


Ha, tentu uols suka makan puff kan? Nak-nak doh dia menggebu naik tapi tak syiok kalau terlalu berminyak. Tak sihat jugak. Kadang-kadang payah jugak nak menguli bagai bagi ibu-ibu yang bekerja macam aku. Jadi, alternatifnya ialah; menggunakan Pratha segera cap KAWAN!!!! Dalam 2 peket pratha segera tu bolehla dapat dalam 20 keping puff. Kalo nak kecikkan (jimatkan) lagi, sekeping pratha tu bolehla dibagi 3. Intinya ikutlah selera masing-masing. Nak buat savoury boleh, manis pun boleh Jah oiii… Boleh buat inti macam Apple Struddle, karipap, sardin, sosej, ayam dan macam-macam lagilah. Kali ini aku buat inti guna isi ayam yang dicincang. Jom kita lihat bahan-bahannya.


Pratha segera Cap KAWAN


Telur 3 biji


Isi ayam dicincang 500 gram


Sayur campur didadu (dalam peket frozen) 500 gram


Serbuk perasa /garam/ lada sulah


Bawang besar, bawang putih


2 sudu makan sos tiram


Sedikit tepung jagung



Cara membuat Inti:

Tumiskan dulu bawang-bawang yang sudah dicincang halus sampai wangi dan layu.
Masukkan isi ayam cincang dan gaul rata.
Bila ayam dah empuk masukkan sayur campur. Gaul sebati.
Masukkan sos tiram, serbuk perasa, garam, lada sulah.
Pecahkan 2 biji telur
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul sampai pekat.


- Letakkan sedikit inti pada Pratha tadi.

- Lipat dan gunakan garpu untuk mengelim hujung pratha.

- Telur yang sebijik lagi dipukul dan sapukan atas pratha dan bakar.

- Suhu: 250 darjah celcius, Tempoh: 15 minit atau sampai pratha garing kekuningan.


Senang tak? Selamat menikmati keranggupan pratha puff, so kita enjoy!!



 

blogger templates | Blogger